HONOR MagicBook: Komputer Riba Nipis Dengan Bateri Tahan Lama Pada Harga Mampu Milik

Pada kebiasaannya, ada dua faktor penting sahaja dalam kita memilih peranti, baik bagi gajet, smartphone mahupun komputer riba. Kalau ada mana-mana pengeluar yang mampu mengeluarkan peranti dengan kualiti & spesifikasi hardware yang baik pada harga berpatutan, dijamin ianya laku macam pisang goreng cheese!

Spesifikasi? Berkualiti?

Sekilas pandang, HONOR MagicBook tampak seperti sebuah komputer riba profesional dengan rekaan minimal. Namun, di sebalik penampilan yang sederhana itu, model ini hadir dengan spesifikasi yang kami rasakan cukup baik dan menarik. Sekilas pandang, sudah jelas komputer riba ini amat mudah dibawa ke mana-mana kerana dimensi fizikalnya yang cukup kompak dengan berat hanya 1.45kg.

HONOR MagicBook dikuasakan oleh AMD Ryzen 5 3500U dengan grafik Radeon Vega 8. Hardware ini mampu mencapai output resolusi penuh HD 1920×1080 piksel dalam nisbah aspek 16:9. Dengan bingkai yang nipis. Dengan perkakasan RAM 8GB dan 512 GB PCIe SSD, komputer riba ini membolehkan anda bermain permainan triple-A dengan kualiti grafik yang baik. Tambahan pula HONOR MagicBook mempunyai sistem penyejukan yang cukup baik untuk anda bermain permainan sepanjang hari.

Pada bahagian bateri dan kuasa pula, komputer riba ini dilengkapi bateri berkapasiti 57.4Wh yang boleh bertahan selama sehari dengan penggunaan normal. Untuk mengecas pula, MagicBook mampu mencapai aras 40% (dari 0%) dalam masa setengah jam kerana ianya datang dengan spesifikasi 65W Fast Charge. Dengan sokongan pengecasan USB C, komputer riba ini memberikan lebih fleksibiliti kepada anda.

Bagi spesifikasi lain pula, HONOR menawarkan RAM 8GB DDR4 dan storan PCIe SSD 256GB. Walau bagaimanapun, terdapat juga storan berspesifikasi 512GB yang lebih tinggi jika anda memerlukan lebih banyak ruangan simpanan. Beberapa ciri premium yang ditawarkan termasuklah butang kuasa yang mempunyai sensor cap jari bersepadu. Untuk komunikasi lancar antara telefon pintar dan komputer riba anda, terdapat juga fungsi MagicLink yang boleh diaktifkan dengan mengetik pada tag NFC MagicBook.

Harga Berpatutan?

HONOR MagicBook mula dijual pada hari ini, 8 April 2020 dengan harga jualan RM 2,299. 

Laman rasmi HONOR:

Buat yang tidak mengetahui, jualan gelombang pertama HONOR MagicBook sudah habis terjual dalam masa 2 minit di hihonor dan 15 minit sahaja di SenHeng dan SenQ!! Wow!!! Tapi anda jangan risau, kerana HONOR kini sudah memulakan jualan gelombang kedua yang menyajikan kepada anda hadiah percuma yang sangat menarik!!

Jika anda melakukan pembelian di laman sesawang rasmi HONOR di SenHeng dan SenQ, anda berpeluang menerima HONOR Band 5 Sport, Bluetooth wireless mouse  dan HONOR laptop backpack. 

Sementara itu, anda akan menerima HONOR Band 5i, Bluetooth wireless mouse dan HONOR laptop backpack bagi pembelian mulai hari ini di Shopee dan 15 April di laman hihonor.

Jadi jangan lupa ikuti berita terbaru mengenai HONOR MagicBook melalui Facebook eRing!

 

You might also like