LineageOS Sudah Tiba Ke Peranti Samsung Galaxy S7 & S7 Edge

LineageOS terus berkembang dengan kini ia sudah siap sedia digunakan para pemilik Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge. Selain dua model utama tersebut, LineageOS 14.1 juga boleh dimuat turun dan digunakan untuk beberapa model lama Samsung. Anda boleh menyemak sendiri sama ada peranti anda termasuk di dalam senarai sokongan sistem operasi LineageOS di sini.

LineageOS juga mengumumkan ciri baru yang dimuatkan ke dalam sistem operasi mereka. Pengguna LineageOS versi 14.1 dapat menggunakan fungsi Single Hand Mode yang memudahkan pengguna mencapai akses di paparan menggunakan satu tangan sahaja.

You might also like