Nokia 1 Plus Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM329 – Ketersediaan 2 Mei 2019

1046
- Iklan -

Nokia Malaysia hari ini mengumumkan pewaris baru di bawah keluarga telefon pintar Android (Go Edition) mereka iaitu Nokia 1 Plus. Nokia 1 Plus merupakan peranti kelas permulaan dengan reka bentuk menarik dalam segmen nilai terhebat.

Nokia 1 Plus menampilkan paparan bersaiz 5.45″ dengan rekaan skrin tanpa takuk. Untuk spesifikasi dalaman, ia dijana cip pemproses MediaTek MT6739WW 1.5GHz, sokongan 1GB RAM dan 8GB ROM yang boleh diperluaskan ruangan storan sehingga 128GB kad microSD.

Untuk kamera, Nokia 1 Plus hadir dengan kamera utama beresolusi 8MP (terdapat ketersediaan Flash) dan kamera hadapan sebesar 5MP. Untuk ketahanan bateri, ia dilengkapi bateri sebesar 2,500 melalui port Micro USB.

Tersedia dalam dua warna menarik iaitu merah dan biru, Nokia 1 Plus ditawarkan pada harga RM329 dan boleh didapati bermula 2 Mei 2019. Setiap pembelian, pelanggan bakal menerima seunit sarung pelindung lembut dan pelindung tempered glass (sementara stok masih ada).