

Pizza Hut Malaysia, selaku rangkaian piza No. 1 Malaysia telah mengorak sempadan digital baru. Kali ini sebuah restoran konsep digital yang diperbaharui di Sunway Pyramid dan aplikasi mudah alih baru. Inisiatif Pizza Hut adalah untuk memberikan pengalaman yang lebih baik serta lebih mudah kepada pelanggan.
Restoran baru ini merupakan cawangan pertama Pizza Hut di Asia Pasifik yang menampilkan Kios Bawa Pulang Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan bayar dengan lebih pantas. Di samping itu, Pizza Hut juga meletakkan robot di pintu hadapan bertujuan untuk menyambut dan menceriakan pelanggan sebaik melangkah masuk.
Di kedai konsep digital baru ini, setiap pekerja akan dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih tepat dan efisyen. Sambil itu, pelanggan juga boleh membuat pesanan menggunakan menu Augmented Reality (AR) yang disediakan. Ia akan memaparkan animasi-animasi yang boleh membangkitkan selera.

Bagi pelanggan yang lebih suka menikmati piza di rumah, Pizza Hut juga telah mula mengemas kini laman sesawang mereka dengan memperbaharui ciri seperti mekanisme pesanan, navigasi, dan penjejakan seawal Mei yang lalu. Pelaburan ini juga telah meningkatkan jualan atas talian Pizza Hut Malaysia kepada 31%.
Bukan itu sahaja, Pizza Hut telah mengambil langkah seterusnya dengan melancarkan aplikasi mudah alih secara rasmi. Aplikasi ini akan menjadikan proses pesanan piza lebih mudah dan bermanfaat. Aplikasi ini akan mengingati pesanan dan pilihan pelanggan yang terakhir – termasuk penghantaran sebelumnya. Dengan data GPS dan lokasi terbina, membuat pesanan kini lebih cepat semudah satu klik sahaja.
Dalam masa yang sama, Pizza Hut juga memberikan ganjaran dengan setiap pesanan yang dibuat. Poin piza boleh ditebus untuk ganjaran seperti minuman percuma, hidangan ataupun piza percuma. Untuk meraikan aplikasi mudah alih baru ini, Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma dalam kempen “You Download, We Belanja”. Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi dan buat pesanan untuk satu piza biasa dan akan menerima satu piza saiz biasa secara percuma.
Untuk maklumat lanjut atau membuat pesanan, sila layari Pizza Hut Malaysia.

