Ganjaran Harian Berganda Pokemon Go

3Main lagi Pokemon Go? Sekarang dah ada sebab untuk korang main permainan ini hari-hari sebab Niantic tidak lama lagi akan menawarkan kemas kini terbaru yang membolehkan korang menikmati ganjaran bonus harian.

4Ini adalah senarai ganjaran yang bakal korang dapat apabila kemas kini dilancarkan kelak.

Tangkap seekor Pokemon pada setiap hari:
  • 500 XP
  • 600 Stardust
Tangkap seekor Pokemon bagi 7 hari berturut-turut:
  • 2,000 XP
  • 2,400 Stardust
Melawat PokéStop dan memusingkan Photo Disc setiap hari:
  • 500 XP
  • Item tambahan
Melawat PokéStop bagi 7 hari berturut-turut:
  • 2,000 XP
  • Lebih banyak item bonus
You might also like