
Sebelum ini eRing ada berkongsi mengenai peranti swafoto terbaru model Neffos iaitu C7 yang akan dijual di pasaran tempatan bermula 5 Februari 2018.
Neffos C7 menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan paparan HD IPS, dikuasakan dengan pemproses lapan teras dari MediaTek MT6750, dan juga pengimbas cap jari yang sangat pantas pada panel belakangnya. Pengalaman penggambaran utamanya tampil dengan sokongan lensa beresolusi 13 Megapiksel.
Untuk 50 pelanggan pertama yang membeli Neffos C7 di Lazada akan mendapat TP-Link Smart Wi-Fi Lightbulb secara percuma bernilai RM149. Telefon pintar ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Cloudy Gray dan Sunrise Gold.
Selain itu, Pantone® mengumumkan Warna Tahun 2018 adalah Ultra Violet. Dengan pengumuman ini, Neffos berhasrat untuk memantapkan gaya trailblazing dan berfikir ke hadapan serta berkongsi mengenai dunia fesyen kepada pengguna pada Tahun Baru 2018 ini.

