
HUAWEI P30 Pro Dinobat Sebagai Telefon Pintar Terbaik Untuk Tahun 2019 – Pamer Prestasi Terbaik
HUAWEI pastinya sebuah peranti yang sentiasa memberikan peranti terbaharu yang menakjubkan buat pengguna antaranya adalah HUAWEI P30 Pro. Menariknya peranti ini telah dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik untuk tahun 2019 oleh European Hardware Award (EHA).
Sungguhpun sebelum ini HUAWEI menghadapi cabaran ekoran dari sekatan Amerika Syarikat, namun HUAWEI mampu mempamerkan prestasi yang terbaik buat perantinya.
Peranti ini pastinya sebuah peranti yang dilengkapi dengan spesifikasi yang menarik. Dihadirkan dengan rekaan takuk kecil mirip titisan air pada paparan bersaiz 6.47 inci OLED menyokong resolusi 2340 x 1080 piksel bersama ketersediaan pengimbas cap jari pada skrin.
Dikuasakan oleh Kirin 980 yang dibantu memori 8GB dan pilihan storan sehingga 512GB. Ia juga menyertakan bateri berkapasiti 4,200mAh + pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar (15W).
Hadir dengan empat kamera utama menggabungkan sensor : 40MP + 20MP + 8MP dan sensor TOF. Kamera swafoto adalah sebesar 32MP.