BayPAP – Aplikasi Sesawang Sehenti Yang Memudahkan Pesakit Kanser Hati

Bayer Co. Sdn. Bhd hari ini melancarkan sebuah aplikasi sesawang yang dikenali sebagai BayPAP. Aplikasi ini dihasilkan khusus kepada golongan pesakit kanser terutamanya kanser hati untuk memberi bantuan akses kepada doktor dan juga pesakit mendapatkan rekod tanpa kertas.

(Dari kiri) Jennifer Yong, Pengarah Urusan Bayer Co. (Malaysia), Dr. John Low Seng Hooi, Penasihat Klinikal Onkologi Hospital Pantai KL & Sunway Medical Centre dan Moses Hee, Naib Presiden CareConnect, Zuellig Pharma

BayPAP yang bermaksud Program Bantuan Pesakit Bayer merupakan kolaberasi diantara Bayer dan pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan, Zuileg Pharma. Aplikasi ini membolehkan pesakit serta keluarga memantau secara berkesan dan menyeluruh bagi meneruskan rawatan mereka.

BayPAP yang dilancarkan bersempena Hari Kanser Sedunia direka bagi membolehkan pesakit kanser mengakses rekod perubatan serta maklumat rawatan dengan lebih mudah dan pantas. Setiap pengguna BayPAP akan diberikan kit permulaan, disertakan dengan satu set soalan lazim oleh doktor dan kod pendaftaran. Satu talian kecemasan bagi membimbing pesakit dalam penggunaan aplikasi turut diberikan.

Aplikasi sesawang BayPAP tentunya merupakan langkah yang betul dalam industri penjagaan kesihatan. Dengan maklumat terperinci dan rekod penting di hujung jari, pesakit kini boleh berinteraksi dengan lebih mudah dengan doktor. Pada masa sama, doktor juga dapat mengikuti perkembangan kesihatan pesakit dengan lebih baik.

 

You might also like