iPhone 12 Pro Max Diiktiraf Sebagai Skrin Terbaik Oleh DisplayMate!!

173

Pasti semua bersetuju bahawa sungguhpun harga peranti iphone adalah mahal, namun spesifikasi yang dihadirkan jarang mengecewakan pengguna. Begitu juga dengan peranti terbaharunya iaitu iphone 12 Pro Max yang mana ia kini dinobat sebagai telefon dengan skrin terbaik oleh DisplayMate.

Peranti yang hadir Super Retina XDR OLED mendapat skor A+. Menurut DisplayMate, warna yang terhasil dari skrin peranti ini sangat baik tidak kira dari aspek kontras mahupun pantulan cahaya.

Tahniah diucapkan kepada Apple!! Bagi yang ingin membeli peranti ini pada harga bermula RM5299.