Huawei Nova 2 Plus Akan Dibawa Ke Malaysia Ogos Ini

Huawei Malaysia mengesahkan bahawa bulan Ogos hadapan mereka akan melancarkan sebuah smartphone terbaru dalam siri Nova. Peranti yang mengambil tempat dalam pelancaran tersebut ialah Huawei Nova 2 Plus. Telefon pintar ini akan melengkapkan kamera depan dengan sensor 20 Megapiksel dan teknologi dwi kamera di belakang.

Nova 2 Plus menawarkan pengalaman merakam gambar yang lebih hebat dengan teknologi 3D Facial yang terdapat pada kamera depan. Malah, kombinasi Image Signal Processor (ISP) juga meningkatkan lagi fungsi pada kamera untuk menghasilkan resolusi gambar yang lebih terperinci.

Penerapan sistem dwi kamera belakang pula dibekalkan sensor 12+8 Megapiksel membolehkan salah satunya menangkap gambar bersudut luas dan satu lagi untuk merakam gambar jarak jauh. Konfigurasi kedua-dua lensa kamera ini dapat melengkapkan sesuatu imej dengan warna, keterangan dan kejelasan yang lebih berkualiti dalam setiap penggambaran.

Malahan, menerusi perisian dalam kemas kini yang diperkenalkan pada awal bulan lalu, ciri Moving Picture berupaya memainkan gambar pegun kepada gambar bergerak lantas menjadikan setiap gambar kini tidak lagi membosankan.

Nova 2 Plus juga menerima rekaan yang bulat di sudut, panel hadapan mendapat skrin 2.5 darjah melengkung, serta ketebalan hanya 6.99mm sahaja. Ia juga didatangkan dengan pilihan warna Graphite Black, Aurora Blue, Prestige Gold, dan beberapa sarung pelbagai warna.

Walaubagaimanapun, ia dijangka akan mula dipasarkan selewat-lewatnya bulan hadapan. Untuk mengetahu maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Huawei Malaysia.

You might also like