[ Ura-Ura ] Satu Lagi Nokia Feature Phone Akan Datang!?

Siapa tidak kenal jenama Nokia? Sebut sahaja jenama ini, ramai kawan akan imbas kembali peranti pertama masa muda mereka. Walaupun era peranti mudah alih masa kini lebih kepada teknologi canggih, tetapi Nokia masih tidak seperti kacang lupakan kulitnya.

Feature phone juga merupakan watak utama dalam pasaran pengeluaran Nokia, tidak hanya kerana harga mampu milik yang masih menduduki bahagian pasaran yang besar di Afrika dan India, bahkan juga disebabkan pengoperasian yang lebih ringkas dan mudah amat sesuai digunakan oleh golongan tua.

Baru-baru ini, tertiris sebuah peranti Nokia dengan kod nama “TA-1139” di laman Tenaa. Dikhabarkan ia adalah versi peningkatan bagi Nokia 106 yang diperkenalkan tahun lalu.

Menurut laporan, peranti ini akan menggunakan paparan skrin bersaiz 2.4 inci dengan resolusi 240 × 320 piksel, dimensi pula adalah 120.9 × 53.49 × 13.81mm yang tersedia dalam tiga pilihan warna seperti kelabu, hitam dan merah.

[ Reviu Eksklusif: Nokia 3310 Dual SIM, Kemunculan Semula Lagenda… ]

Ia juga dilengkapi dengan 8MB RAM dan menariknya ruangan storan 16MB juga menyokong tambahan kad memori, bagi kamera pula dibekalkan 3MP pada badan berkapasiti 1,020mAh. Buat masa sekarang tiada maklumat selanjutnya diumumkan.

[ SUMBER ]

 

You might also like