Bebaskan Sikap ‘Savage’ Anda, Lenovo Anjur Pertandingan Di Instagram Bersempena Pelancaran Legion Y740

Jenama pengeluar PC terkemuka dunia, Lenovo kini menganjurkan 1 pertandingan di Instagram yang menjemput semua peminat Legion untuk mempamerkan sikap ‘Savage’ mereka. Ini diispirasikan dengan tagline bagi Lenovo Legion, “Stylish on the outside, savage on the inside”.

6 orang peminat yang paling kreatif akan menerima baucer steam dan akses eksklusif ke pelancaran rasmi Lenovo Legion Y740. Pemenang juga berpeluang menjadi individu terawal menggunakan peranti ini sebelum sesiapa mencubanya.

Pertandingan ini akan bermula dari sekarang sehingga 3 Mac 2019. Cara untuk menyertai adalah seperti berikut:

  1. Ikuti akaun Instagram rasmi Lenovo Malaysia.
  2.  Peserta perlu merakam gambar atau video mereka setiap hari dan menginterpretasi makna ‘savage’ bagi mereka. Panjang video adalah selama 1 minit.
  3. Perlu disertakan huraian mengenai ‘inner savage’ tidak melebihi 50 patah perkataan.

Pemenang akan dihubungi selepas tamat tempoh pertandingan. Untuk maklumat lanjut, layari akaun Instagram Lenovo.

_________________________

Baca juga:

You might also like