
Kemaskini Android Pie Bagi Peranti Nokia 6 (2017) Kini Tersedia

HMD telah memegang hak dan menghasilkan peranti pintar Nokia. Justeru, tidak hairanlah banyak model baharu yang telah diperkenalkan dan ini termasuklah Nokia 6 (2017).
Pada bulan Julai 2017, Nokia 6(2017) telah menjengah di pasaran Malaysia. Pada ketika itu, ia menggunakan Android 7.1.1 Nougat. Kini setelah hampir 2 tahun, ia bakal menerima kemaskini Android Pie.

Menurut 1 tweet menerusi akaun Juho Sarvikas, peranti ini bakal menerima kemaskini setelah 2 tahun dari tarikh ia diperkenalkan.
Peranti yang dikuasakan oleh Snapdragon 430 dan disertakan sekali dengan memori 3GB dan storan 32GB.Ia turut dihadirkan dengan 16MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan.
__________________________
Baca juga:

