
Selain model V7+ yang diperkenalkan pada September lepas, vivo juga telah memperkenalkan sebuah lagi model iaitu V7 untuk anda yang inginkan swafoto berkualiti tinggi. vivo V7 menampilkan spesifikasi yang sedikit berbeza seperti paparan skrin FullView sebesar 5.7 inci beresolusi 720 x 1440 piksel, memori dalaman 32GB serta RAM 4GB, dan juga bateri berkapasiti 3000mAh. Tetapi model terbaru V7 ini turut dilengkapi dengan keupayaan swafoto 24 Megapiksel dengan teknologi Face Beauty 7.0 bagi mengekalkan keaslian warna gambar.
1. 5.7 inci FullView Display
vivo V7 menampilkan paparan FullView Display dengan menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 83.6%, ia menjanjikan pengalaman hiburan yang betul-betul mengasyikan. Kerangka bodi peranti ini juga dibina berasaskan logam yang ringan dengan ketebalan hanya 7.9mm.
2. Memori
Berbeza dengan model sebelum ini yang menyediakan memori dalaman sebesar 64GB, V7 pula hanya menyokong memori dalaman berkapasiti 32GB, tetapi memori RAM masih dikekalkan 4GB.
3. Penggambaran
vivo V7 masih mengekalkan lensa hadapan sebesar 24 Megapiksel dengan sokongan mod swafoto menarik seperti Face Beauty 7.0, Face Beauty untuk panggilan video, Group Selfie dan juga Portrait. Lebih menarik, V7 dilengkapi sokongan ciri Selfie Softlight yang mampu menghasilkan gambar yang jelas dan terselah dan sekaligus dapat mengurangkan masalah over expose.
4. Face Access
Selain pengimbas cap jari, V7 juga dimuatkan dengan sistem keselamatan yang berteknologi tinggi. Pengguna kini ditawarkan sistem imbasan muka untuk menyahkunci peranti yang dinamakan Face Access. Ia mampu membuka peranti dalam masa 0.1 saat sahaja, sekaligus menjadikan pengalaman lebih sempurna dan lebih mudah.
5. Smart Split 3.0
Kehadiran fungsi Smart Split 3.0 pula membolehkan anda membuat tugasan dengan mudah! Jika menerima Email mahupun SMS ketika sedang menonton video, anda boleh terus membaca mesej sambil menonton video.
6. App Clone
vivo juga telah memasang perisian yang dipanggil App Clone. Ciri ini membolehkan pengguna menggunakan dua akaun media sosial secara serentak. Buat masa sekarang, aplikasi yang menyokong App Clone adalah WhatsApp, Line, BBM, WeChat, Zalo serta Viber sahaja.
“NANTIKAN REVIU EKSKLUSIF DARI ERING!”

