Sertai Yuna Dalam #GroovesWithU – Layan Dendangan Lagu Raya & Lagu Melayu Iknoniknya

Artis Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna bakal tampil merancakkan acara kemuncak #GroovesWithU yang bakal menampilkan persembahan Raya Special. Para penonton bukan sahaja berpeluang menyaksikan Yuna mendendang lagu-lagu Aidilfitri kegemarannya malah akan dihiburkan dengan lagu-lagu Melayu paling ikonik. Acara khas ini akan disiarkan pada 30 Mei 2020, jam 8.30 malam menerusi akaun YouTube U Mobile (www.youtube.com/umobile).

Untuk menjadikan persembahan ini lebih bermakna, Yuna akan menderma sebahagian daripada yuran persembahannya kepada The Lost Food Project dan KITA Fund, iaitu dua organisasi kebajikan yang sedang membantu komuniti yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

#GroovesWithU adalah sebahagian daripada kempen #RayaWithU U Mobile yang bertujuan menyuntik semangat menyumbang dan aura positif, di samping menyokong perniagaan dan bakat tempatan. #GroovesWithU Raya Special  yang menampilkan Yuna, SonaOne, Pastel Lite dan Bil Musa akan disiarkan secara percuma mulai 30 Mei 2020, jam 8.30 malam menerusi www.youtube.com/umobile. Maklumat lanjut boleh didapati di www.instagram.com/myumobile

You might also like