
Digi hari ini memperkenalkan terminal bayaran mudah alih kepada para usahawan di seluruh Malaysia. Ia merupakan alat yang akan membantu para peniaga dalam menguruskan proses transaksi dengan lebih mudah dan cepat. Perkhidmatan berasaskan tanpa tunai kini dilihat sebagai jalan alternatif selain daripada menggunakan wang kertas.

Melaluinya, peranti mudah alih ini tidak memerlukan sebarang sambungan rangkaian sebaliknya hanya menggunakan kad SIM. Oleh itu, usahawan diberikan ketenangan minda dalam menjual produk di mana sahaja selagi liputan Digi diterima. Pembayaran tanpa tunai melalui teminal mudah alih ini menerima kad debit dan kad kredit. Terminal ini tidak memerlukan sambungan Bluetooth, jadi ia mampu memberikan jangka hayat bateri yang lebih lama.
Buat masa ini, Digi hanya berkolaberasi dengan CIMB, untuk bank-bank yang lain ia masih didalam perancangan.
Digi telah dinobatkan oleh SKMM sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dengan jumlah pengguna yang ramai. Selain itu, liputan terpantas Digi juga meliputi 87% populasi di 300 bandar termasuk pekan-pekan utama.
Maklumat lanjut mengenai produk, anda boleh layari Digi Bisnes hari ini.

