
Samsung Level Box Slim, Speaker Kompak Kalis Air
Samsung Malaysia baru-baru ini telah menawarkan speaker kompak terbaru mereka untuk pasaran tempatan yang yang diberi nama Samsung Level Box Slim. Apa yang menariknya speaker mudah-alih ini, kehadiran sokongan audio 8W mampu menghasilkan audio yang kedengaran lebih lantang dan jernih.
Manakala rekaan yang kompak pula secara tidak langsung memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja terutamanya ketika pergi bercuti. Salah satu fungsi menarik yang ada pada Level Box Slim adalah menyokong pengiktirafan IPX7 yang kalis air serta dilengkapi kebolehan speakerphone yang membolehkan anda menjawab panggilan.
Memandangkan ia memfokuskan kepada pengguna yang gemar berhibur tak kira di mana sahaja, Samsung Level Box Slim juga boleh digunakan sebagai powerbank. Harga speaker ini adalah RM499.
https://www.youtube.com/watch?v=2lG9Gv7EKAs