
Snapchat Kini Dengan Permainan Terbina Di Dalam
Snapchat mengemas kini perisian sosial mereka dengan satu lagi fungsi yang sangat menarik. Kini anda boleh menggunakan gambar bukan sahaja untuk bersosial, malah anda boleh menangkap gambar wajah anda dan bermain permainan di dalam Snapchat.
Pada bulan Mac lalu, Snapchat menguji permainan Sponsored Kraft Mac & Cheese di mana pengguna menangkap mi menggunakan mulut. Kemudian pada awal bulan ini beberapa pengguna mendapat akses permainan Puzzle Face di mana mereka perlu berhempas pulas menggerakkan jubin gambar untuk mendapatkan gambar wajah mereka yang sempurna.
Kini pengguna boleh bermain permainan bertemakan Krismas, Santa’s Helper. Dari dalam aplikasi, imbas wajah anda dan pilih lensa Santa’s Helper. Di dalam permainan ini, wajah anda akan dilekatkan pada karakter dan anda perlu mengawal pergerakan karakter menelusuri pergunungan bersalji.
Mungkin pada masa hadapan lebih banyak permainan akan disertakan di dalam aplikasi Snapchat.