
China Bakal Menerima Google Play Service
Seorang wartawan teknologi di China melaporkan Google Play Service bakal menjengah ke pasaran China bila-bila masa sepanjang tahun 2016. Walaupun butiran laporan masih samar-samar, tetapi tanda yang kukuh dapat dilihat melalui kerjasama yang dilakukan Google untuk menembusi pasaran China, antaranya adalah usahasama dengan Lenovo dalam pembangunan smartphone Project Tango dan model Nexus 6P yang dihasilkan Huawei.