
Baru-baru ini, HUAWEI telah mengusahakan dalam pasaran komputer riba dan sentiasa melancarkan produk baru secara berterusan supaya lebih banyak pengguna dapat menggunakan peranti pintar HUAWEI dan menikmati ekosistem HUAWEI untuk mengatasi keperluan harian dan kerja pengguna. Sekarang, admin mempunyai HUAWEI MateBook D 15 2021 yang terbaru. Versi terbaru ini telah meningkatkan lagi prestasi konfigurasinya. Jom reviu dan melihat apakah yang begitu istimewa dan hebat mengenai versi baru komputer riba ini!

Rupa sebenarnya dari segi 360 °

Penampilan HUAWEI MateBook D 15 2021 meneruskan reka bentuk model 2020. Peranti ini ringkas dan bergaya. Walaupun diperbuat daripada aloi aluminium, peranti ini masih sangat ringan dan langsing. Ketebalan hanya 16.9mm dan beratnya hanya 1.56kg.

Komputer riba mempunyai konfigurasi yang sangat komprehensif. Terdapat dua bicu USB 2.0 dan bicu fon kepala 3.5mm di sebelah kanan. Terdapat antara muka USB-C, USB 3.2 Gen 1 dan HDMI yang menyokong pengecasan pantas 65W di sisi lain.

Reka bentuk papan kekunci komputer riba sama seperti generasi sebelumnya. Jarak kekunci memberi pengalaman menaip yang selesa, permukaan kekunci rasa agak baik dalam sentuhan dan dapat mengekalkan kelancaran papan kekunci.

Yang perlu disebutkan bahawa MateBook D 15 2021 mengekalkan reka bentuk kamera pop up dalam generasi sebelumnya yang tersembunyi di bahagian atas dan tengah kawasan butang. Peranti ini boleh tekan butang tersebut boleh hidup atau tutup mengikut keperluan korang untuk melindungi privasi.

Di samping itu, suis kuasa di kanan atas papan kekunci menggabungkan pembaca cap jari. Pengguna dapat memasukkan data cap jari terlebih dahulu. Selepasnya, korang hanya perlu menekan suis kuasa untuk segera menghidupkan telefon dan log masuk ke laman utama, bukan sahaja menjimat masa, bahkan keselamatan komputer riba juga terjamin.
Skrin penuh FHD 15.6 inci

MateBook D 15 2021 telah ditingkatkan dalam ukuran dan parameter skrin. Skrin 15.6 inci mempunyai resolusi yang berdefinisi tinggi 1920 × 1080, dan bingkai 5.3 mm yang sempit membawa nisbah skrin-ke-badan 87%, menyediakan pandangan yang lebih luas. Di samping itu, skrin ini juga menambah teknologi peredupan DC untuk mencegah layar berkedip dan melindungi mata pengguna. Sudah tentu, peranti ini bukan sahaja menyediakan kandungan paparan yang sangat halus dan jelas, bahkan juga ketepatan warna dan pembiakannya sangat tinggi.

Bagi pengguna yang perlu bekerja di depan komputer untuk masa yang panjang mudah rasa keletihan mata, tetapi skrin MateBook D 15 2021 telah memperoleh sijil pengurangan cahaya biru TÜV Rheinland, jadi mata korang pasti dapat dilindungi~
Pemproses Intel Core i5 generasi ke-11

Bagi peningkatan prestasi, peranti ini dilengkapi dengan pemproses Intel Core generasi ke-11 yang terbaru. Pemproses ini menggunakan proses SuperFin 10nm serta CPU empat teras dan lapan utas untuk memberi sehingga 31% prestasi multi-utas, memastikan prestasi yang lebih tinggi dan pengalaman pengguna yang lebih baik. Pada masa yang sama, komputer riba ini juga dilengkapi dengan kad grafik Intel Iris Xe generasi baru, 164.7% lebih kuat daripada sebelumnya. Peranti ini dapat mengatasi keperluan multi-tasking dari segi multimedia, mempunyai built-in memori 16GB dan ruang penyimpanan SSD 512GB, jadi tidak ada masalah dengan operasi harian, tugas memproses data, atau bermain permainan.

MateBook D 15 2021 juga dilengkapi dengan kipas sirip hiu ultra tipis 0.2mm yang dapat meningkatkan pelesapan haba hingga 24%. Oleh itu, komputer riba tetap sejuk, tentunya tidak akan ada bunyi kipas yang mengganggu korang. Lebih-lebih lagi, komputer riba juga telah bergabung dengan teknologi rangkaian Wi-Fi 6. Korang dapat menikmati kelajuan rangkaian yang 2.7 kali lebih cepat daripada komputer riba generasi sebelumnya. Yang ini bermaksud korang dapat memuat naik dan memuat turun fail pada kelajuan setinggi 2.4 Gbps.
Di samping itu, dalam beberapa senario penggunaan komputer riba yang berat seperti sejumlah besar penyesuaian gambar, klip video atau permainan, pengguna dapat mengaktifkan mod tenaga tinggi (Turbo mode) yang ditingkatkan dengan menekan kekunci Fn + P, dan komputer riba ini akan memasuki “output penuh” setelah menghidupkannya. Kadar bingkai permainan bukan sahaja boleh mencapai melebihi 120FPS pada resolusi tertinggi dan kualiti gambar tertinggi, bahkan juga memastikan operasi yang sangat lancar. Sekiranya komputer riba berada dalam mod standard umum (Balanced mode), korang dapat menguruskan penggunaan kuasa bateri, sambil mengurangkan bunyi kipas.
HUAWEI Share & Kolaborasi Multi-skrin

Selain perkakasan dan prestasi yang disebutkan di atas, HUAWEI MateBook D 15 2021 juga terdapat fungsi HUAWEI Share yang unik! Korang hanya perlu memegang telefon bimbit HUAWEI dan menyentuhnya di pad sentuh supaya skrin telefon bimbit boleh dipaparkan ke komputer riba. Walaubagaimanapun, korang juga dapat membuka sebanyak 3 aplikasi mudah alih yang berbeza pada komputer riba pada masa yang sama untuk memudahkan korang menangani beberapa tugas pada masa yang sama dan meningkatkan kecekapan kerja. Fungsi ini merupakan salah satu bahagian yang dipertingkatkan kali ini~

Sekiranya terdapat fail di telefon yang akan dipindahkan ke komputer riba, korang hanya perlu memilih fail yang relevan di skrin telefon, kemudian seret dan lepaskan ke komputer riba, memang mudah! Di samping itu, sebarang panggilan boleh diterima terus di komputer riba. Walaupun korang sibuk, korang tidak akan melepaskan panggilan yang penting. Korang tidak perlu mengangkat telefon untuk menjawab panggilan,boleh terus menaip semasa korang berada dalam panggilan telefon.
Daya Tahan & Pengisian Bateri

MateBook D 15 2021 mempunyai kapasiti bateri 42 Wh yang terbina dalam, dapat memberi jangka hayat bateri yang tahan lama bagi korang. Di samping itu, komputer riba ini juga menyokong teknologi pengecasan pantas 65W, dapat digunakan selama 2 jam setelah 15 minit pengecasan pantas. Walaupun begitu, admin percaya banyak orang akan menganggap peranti ini agak menyusahkan semasa membawa pengecas berat setiap kali korang keluar, betul? Jangan risau! Pengecas USB-C 65W yang dilengkapi dengan MateBook D 15 2021 cukup kecil dan ringan sehingga mudah disimpan di dalam poket korang, dan juga dapat mencapai SuperCharge untuk telefon bimbit HUAWEI korang!
Apa Kata Editor!

Komputer riba siri HUAWEI MateBook D selalu mempunyai prestasi yang sangat baik. MateBook D 15 2021 yang terbaru telah ditingkatkan dalam semua aspek, sama ada untuk pekerja pejabat atau pelajar. Peranti ini membawa banyak fungsi yang membawa kemudahan untuk penggunaan harian termasuk fungsi HUAWEI Share dan fungsi kolaborasi multi-skrin! Fungsi-fungsi ini dapat memainkan peranan yang baik dalam kerja, bukan sahaja dapat lebih fokus pada kerja, juga membantu korang menyelesaikan lebih banyak tugas dalam masa yang sama. Oleh itu, korang tidak perlu risau akan terlepas maklumat yang penting. Selain itu, terdapat satu bahagian lain yang menarik tentang MateBook D 15 2021, iaitu badannya benar ringan. Walaupun peranti ini adalah komputer riba 15.6 inci, tetapi beratnya tidak seberat yang dijangkakan. Peranti ini memang lebih ringan dan senang untuk dibawa keluar.
Harga HUAWEI MateBook D 15 2021 adalah RM3899. Pengguna boleh membelinya di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Stores dan HUAWEI Partner Store, serta mendapatkan hadiah bernilai RM498 (sehingga bekalan terakhir). Korang juga boleh pergi ke SenHeng, Harvey Norman, SenQ atau Courts untuk membeli komputer riba ini~ Untuk maklumat lebih lanjut mengenai komputer riba, sila lawati laman web rasmi HUAWEI Malaysia.