Digi PhoneFreedom 365 – Miliki Telefon Pintar Baharu Tanpa Bayaran Pendahuluan

3971
- Iklan -

Telco Digi baru-baru ini telah melancarkan satu program untuk memiliki telefon pintar baharu yang dinamakan sebagai PhoneFreedom 365. Program ini memudahkan pelanggan sedia ada Digi untuk memiliki pelbagai telefon pintar baharu termasuklah iPhone Xs, Xs Max dan XR.

Melalui program ini, pelanggan yang berminat hanya perlu memilih peranti dan pelan pascabayar yang diminati di kedai-kedai Digi Store, Digi Store Express dan juga Digi Store Online. Bayaran bulanan bagi peranti pula adalah berbeza mengikut pelan pascabayar yang dipilih.

Dengan Digi Freedom 365, anda tidak perlu mengeluarkan bayaran penuh untuk mendapatkan peranti idaman. Malah Digi juga menawarkan bayaran bulanan dengan kadar 0% faedah, tetapi akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan. Anda juga layak bertukar ke peranti lain tanpa sebarang kos tambahan selepas 18 bulan.

Lebih menarik, telefon pintar ini akan dilindungi dari segi kerosakan termasuk kecurian selama satu tahun melalui program Digi Shield. Kepada pelanggan Digi yang berminat, anda boleh mendaftar di sini.