
iOS 11.2.6 Sedia Dimuat Turun Membaiki Isu Bahasa dan Aplikasi Pihak Ketiga
Apple baru sahaja mengeluarkan satu kemas kini terbaru untuk peranti iOS mereka iaitu versi 11.2.6. Versi terbaru ini dikatakan telah menyelesaikan isu dimana beberapa perkataan dalam Bahasa Tamil (Telugu) yang tidak dapat dibaca dan menyebabkan aplikasi pada iPhone dan iPad tertutup secara tiba-tiba.

Ia merupakan satu kemas kini kecil yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengguna khusus bagi mereka yang menggunakan bahasa tersebut. Selain daripada itu, isu dimana aplikasi pihak ketiga tidak dapat disambungkan kepada aksesori (Bluetooth) juga telah dibaiki. Sebelum ini, kami sendiri telah mengalami isu ini apabila jam pintar kecerdasan sukar untuk disambungkan pada aplikasi.
Apa-apapun untuk mengelakkan dua isu ini berlanjutan, kami sarankan pengguna untuk memuat turun kemas kini terbaru ini.

