Konfigurasi Cip Pemproses Snapdragon 865 Kini Bocor – Peningkatan Prestasi Sehingga 20%

Qualcomm dijangka memperkenalkan cip terbaharu keluaran mereka, Snapdragon 865 pada sidang Snapdragon Tech Summit yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember ini. Menjelang detik pelancaran, konfigurasi cipset tersebut dikatakan telah bocor di media sosial.

Sumber berkata, blogger atau leaker dikenali sebagai @Chit Chat Station telah mendedahkan konfigurasu cip pemproses tersebut. Memetik posting yang tersebar di laman Weibo, Snapdragon 865 adalah pemproses octa-core sama seperti Snapdragon 855 dan Snapdragon 855+.

Ia menggunakan susunan CPU 1 + 3 + 4 – CPU Snapdragon 865 hadir dengan kombinasi 1 x 2.84GHz Cortex-A77 (custom Kryo core) + 3 x 2.42GHz Cortex-A77 cores (custom Kryo core) + 4 x 1.8GHz Cortex-A55 cores (custom Kryo core). Menurut Arm, Cortex-A77 membawa peningkatan prestasi 20% berbanding dengan Cortex-A76. Dari segi GPU, Snapdragon 865 dipercayai menggunakan Adreno 650 berkelajuan 587MHz – di mana menawarkan peningkatan antara 17% hingga 20% berbanding Adreno 640.

Walaubagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors. Apa yang boleh korang harapkan untuk cip terbaharu daripada Qualcomm kali ini? Terus kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

You might also like