- Iklan -

Jom Tukar Telefon Lama Anda Kepada iPhone 12 Baharu!!!

Menjangkakan pelancaran iPhone 12 pada bulan November di Malaysia, ramai peminat Apple sudah merancang anggaran perbelanjaan mereka dan mula berjimat untuk mendapatkan edisi terbaru yang didatangkan dengan pelbagai peningkatan berbanding iPhone 11.

Bagi mereka yang mempunyai anggaran perbelanjaan yang rendah, atau ingin berjimat dengan bijak, kedai penjual semula barangan Apple dan syarikat telekomunikasi (telko) sedang bekerjasama dengan CompAsia untuk menawarkan pilihan belian telefon terbaik di seluruh negara. Jika anda tidak ingin ke berkunjung ke kedai pada masa ini, tiada masalah. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi InstaCash di telefon anda – sebuah platfom penjualan segera mudah alih yang dibangunkan oleh CompAsia, turut menawarkan anda faedah yang sama. 

CompAsia kini menjalankan promosi khas sehingga 30 November 2020 yang akan memberikan jaminan pembelian balik sehingga 50% bagi semua jenis iPhone 11 untuk ditukarkan kepada iPhone 12 yang baharu, atau penukaran kepada wang tunai! Dan jika anda memilih untuk membuat penukaran secara atas talian di InstaCash, anda akan menerima RM50 tambahan di atas jaminan 50% dari salah satu penjual semula Apple terkemuka di Malaysia (promosi tambahan RM50 ini hanya sah dari 30 Oktober sehingga 13 November 2020 melalui pertukaran atas talian).

Sekiranya anda tidak memiliki rangkaian siri iPhone 11, jangan bimbang kerana semua rakan niaga CompAsia dan InstaCash menerima semua jenis telefon dalam apa jua keadaan sekalipun. Walaupun ianya tidak berfungsi atau rosak, anda tetap mendapat jaminan harga belian terbaik untuk telefon lama anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai InstaCash atau rakan niaga CompAsia, sila layari https://www.instacash.compasia.com/app-1 atau tontoni video panduan langkah demi langkah di https://youtu.be/6XQ0VLQXwvI. Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian hotline +603-7931 3417 diantara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari minggu untuk bantuan selanjutnya.

You might also like