- Iklan -

Review Eksklusif: Sejauh Manakah Kehebatan ASUS VivoBook 15? Jom Test!!!

ASUS baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai ASUS vivoBOok 15 yang di atas kertas nyata mempamerkan prestasi yang baik. Namun sejauhmanakah kebenarannya? Jom kita test!!!

Rekaan Unik & Ringan!

Jika ada lihat sahaja rekaan peranti ini tampak kemas dan ringkas. dihadirkan dengan rekaan Aluminium alloy dan plastik untuk memberikan berat yang sangat ringan tetapi tahan lasak. Bak kata omputih ‘ Less is more’!!

Seperti yang diperkatakan, komputer riba ini sangat ringan yang mana ia hanya seberat 1.7kg dengan saiznya 15.6 inci pasti memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja!!! Tidak kira sama ada anda ingin membawanya ke pejabat amhupun ke luar, pastinya mudah untuk di bawa.

MEnariknya, ia turut menyertakan pengimbas cap jari di bahagian touch padyang memberikan sentuhan premium pada peranti ini. Keyboard juga sangat selesa untuk digunakan dan ditambah dengan warna hijau pada butang enter, menambahkan lagi kesegaran pada segi rekaan. Jom tengok rekaan penuh!!

Skrin Pon Not Bad!!

Buat yang tidak mengetahui, peranti ini hadir dengan skrin 15.6″ FHD+ yang nyata mampu memberikan prestasi tontonan yang baikk. Menariknya, peranti ini hadir dengan 3 sided NanoEdge display yang mana ia tampil dengan bezel yang sangat nipis iaitu 6.1mm dan memberikan nisbah skrin ke kerangka 85%.

Lagi awesome giler, anda boleh melaras paparan ini sehingga 178° bagi sudut pandang peranti ini. Ternyata sepanjang menggunakan peranti ini, ia hadir dengan tontonan yang baik khususnya dari aspek warna yang terhasil serta kejelasan serta kepuasan tontonan.!!

Lebih syok apabila ia disertakan dengan  TÜV Rheinland Eye Care certification yang pastinya sangat berguna khususnya ketika anda memandang skrin terlalu lama. Jadi anda tidak akan sakit mata!!!

Kuasa Pemproses Yang Giler Power!!!

Sungguhpun peranti ini hadir dengan rekaan yang simple, tetapi tidak bagi kuasa dalamannya kerana ia dihadirkan dengan Intel Core i5-1135G7 dan dipadankan dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX350.

Secara keseluruhannya, peranti ini tampil dengan prestasi yang baik yang mana ia melaksanakan tugasan tanpa ada sebarang gangguan mahupun lag. Melaksanakan multi task sudah tiada masalah dengan peranti ini.

Jadi kami telah melaksanakan ujian ke atas peranti ini dan hasil daripada ujian tersebut memperlihatkan ia tampil dengan prestasi yang sangat baik!! Tak percaya? Tengok ini!!

Keupayaan Bateri Mantol!!

Untuk pengetahui anda, peranti ini hadir dengan kapasiti bateri yang sangat baik iaitu ia hadir dengan 42 Wh Li-prismatic battery (3-cells) yang mana ia mampu bertahan lama.

Kami turut melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini yang mana ia memaparkan keputusan yang baik. Kami mula mengecas peranti ini pada jam 11.00 a.m ketika bateri berada pada paras 67%. Ia mencapai 100% pada jam 12 p.m.

Sistem Penyejukan Memang Cool!!!

Yang seronok mengenai peranti ini adalah anda boleh menggunakan komputer riba ini dalam tempoh masa yang lama kerana ia hadir dengan sistem penyejukkan yang baik. Ia hadir dengan 87-blade IceBlades fan dan sangat ringan dan nipis. Setiap bilah mempunyai 3D-curved aerodynamic design yang membenarkan aliran udara yang lebih baik.

Apa Kata Editor!

Secara keseluruhan, peranti ini hadir dengan keupayaan yang menakjubkan khususnya dari aspek pemprosesnya. Rekaannya juga menarik kerana walaupun ia ringkas, namun, ia turut hadir dengan nilai premium.

You might also like