- Iklan -

ASUS Rasmikan Siri VivoBook Baharu – Tampil Dengan Intel Generasi Ke-11 & Dijual Pada Harga Bermula Dari RM3099!!

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan model terbaharunya yang dikenali sebagai ASUS vivoBook 14, 15 dan S15.

Menariknya, siri komputer riba ini hadir dengan Intel Core i5-1135G7 dan disertakan dengan 8GB DDR4 dan storan 512GB SSD NVMe. VivoBook 14 dan 15 pula tampil dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX350.

Terkini, ia telah diumumkan bahawa ASUS Malaysia akan membawa masuk siri komputer riba ASUS VivoBook, yang terdiri daripada ASUS VivoBook dan ASUS VivoBook S15 untuk pasaran tempatan pada penghujung bulan ini.

Peranti ini dihadirkan dengan ciri seperti Bluetooth 5.0 dan WiFi6.

Peranti ini mula dijual secara atas talian menerusi Shopee pada 20 November jam 8 malam. Berikut adalah harga jualan peranti ini:

  • vivobook 14 dan 15: Harga bermula dari RM3099
  • VivoBook S15: RM3399

You might also like