CES 2018 : ASUS Bawakan ZenBook, X-Series Dan Vivo AiO Kepada Pengguna

Selepas pengenalan barisan komputer riba permainan ROG daripada ASUS, terdapat siri lain yang turut dibawakan antaranya ZenBook, X-Series, dan Vivo AiO komputer yang memiliki CPU terbina di dalam. Kesemua komputer ini hadir dengan perisian terbaru Windows 10 dan beberapa kemas kini perkakasan tidak terkecuali, rekaan.

ZenBook 13

ZenBook 13 dibina dengan bahan berasaskan logam seberat 985g. Ia ringan, nipis, dan berkuasa sekaligus memberikan pengguna kuasa kerja sehingga 15 jam. Komputer riba ini dilengkapi Intel Core i7 Generasi ke-8, RAM sebesar 16GB, serta keluasan SSD 1TB. Dengan sistem operasi Windows terbaru, ia turut membawakan ciri Windows Hello, Modern Standby, dan Microsoft Cortana bagi meningkatkan produktiviti. Komputer mudah dibawa ini juga dipadankan dengan speaker Harmon Kardon untuk memberikan pengalaman audio yang lebih imersif.

ASUS X507

Ini pula sebuah komputer riba bagi mereka pengguna baru, ASUS X507 sangat sesuai untuk dibawa ke dewan kuliah. Dijana cip Intel Core i7 Generasi ke-7 dan kad grafik NVIDIA GeForce MX110, ia menawarkan kuasa yang efisyen sama ada untuk kegunaan kerja atau sebagai hiburan. Direka dengan bingkai yang nipis, paparan HD penuh pasti ideal untuk dijadikan komputer riba seharian.

Vivo AiO V272

Vivo AiO V272 hadir dengan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-8 dan grafik NVIDIA GeForce MX150. Apa yang cuba ditekankan pada model ini ialah sistem hiburan yang berprestasi tinggi. Dilengkapi paparan 27-inci multisentuh dengan sudut pandangan 178 darjah, warna gamut skrin ini menyokong 100% sRGB. Sistem audio pula lebih mengasyikkan menerusi speaker berteknologi ASUS SonicMaster. Gabungan pemproses, paparan, dan audio sekaligus menjadikan ia sebuah komputer semua-dalam-satu yang patut dipertimbangkan.

Vivo AiO V222

Varian Vivo AiO V222 ini pula boleh dibezakan dengan paparan lebih kecil iaitu 22-inci HD penuh. Dengan nisbah skrin-ke-kerangka pada 87%, ia turut ditemani dengan sistem speaker ASUS SonicMaster. Lebih eksklusif, ASUS telah memasukkan teknologi ASUS Splendid dan Tru2Life Video pada komputer ini bagi tujuan hiburan yang terbaik. Sementara itu, sekiranya pemilik ingin membuka komputer, Windows Cortana berkebolehan untuk megecam suara mereka.

You might also like