
Telefon pintar siri HONOR 50 yang menjadi bualan hangat peminat peranti di seluruh dunia dilancarkan secara besar-besaran semalam dan HONOR Malaysia juga akan memperkenalkan dua lagi komputer riba siri baru HONOR MagicBook X 15 pada harga lebih berpatutan pada 19 Jun ini.

Kehadiran HONOR MagicBook X 15 akan membantu membina strategi ekosistem saling sambung HONOR yang dikenali sebagai 1+8+N apabila HONOR 50 tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
HONOR MagicBook X 15 hadir dengan kerangka badan logam yang ringan dan nipis, membuatkan komputer riba ini tahan lasak. Ditawarkan dalam warna Space Gray, beratnya hanya 1.56kg dengan ketebalan 16.9mm sahaja. Ini memudahkan pengguna membawa komputer riba ini ke mana-mana seperti ke tempat kerja dan kelas.
Walaupun nipis dan ringan, HONOR MagicBook X15 melangkaui sempadan skrin komputer riba tradisional. Ianya dilengkapi skrin paparan penuh 15.6 inci dengan sempadan 5.3mm di sisi kiri dan kanan. Nisbah skrin 87% memberi kesan paparan gambar berkualiti tinggi dengan warna yang terang.
Skrin HONOR MagicBook X15 diiktiraf persijilan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah dan tidak berkelip. Ciri ini melindungi mata pengguna dan mengelak daripada berasa letih. Ini membolehkan pengguna menyiapkan tugasan dan berhibur dengan lancar. Justeru, komputer riba ini sangat sesuai bagi pengguna yang perlu duduk di depan skrin untuk waktu lama.

Mengenai konfigurasi perkakasan HONOR MagicBook X 15, ianya dipadankan pemproses Generasi ke-10 Intel Core selain dipasangkan bateri berkapasiti besar 42Wh. Sistem penyejukan berkuasa besar membolehkan komputer riba ini mencapai pengambilan udara hingga 38% lebih tinggi serta pelesapan haba cekap bagi mengekalkan suhu pada jangka masa penggunaan lama. Pengguna tidak perlu risau komputer riba akan menjadi panas.
Dengan sekali cas penuh bateri, pengguna dapat menyaksikan video berkualiti 1080 piksel sehingga 7.86 jam atau pun melayari laman web selama 7.3 jam. Pengecas pantas 65W yang baru ini hanya seberat 200g dan mampu mencapai 53% bateri dalam tempoh 30 minit.
Ia dilengkapi memori dwi-saluran 8GB DDR4 yang meningkatkan kadar penyiaran sehingga 50% berbanding memori saluran tunggal. Ini sangat sesuai bagi pengguna yang mempunyai banyak tugasan berat kerana fungsinya yang sangat cekap dan lancar. Penstoran dalaman terpantas PCIe NVMe SSD mempertingkatkan prestasinya untuk lebih pantas memindahkan fail, melancarkan mengedit gambar, menyunting video atau bermain permainan komputer.
Di samping itu, siri HONOR MagicBook X 15 turut mengetengahkan reka bentuk dua-dalam satu butang kuasa serta fungsi pengecaman cap jari yang selesa dan lebih selamat. Pada masa sama, fungsi kolaborasi “Multi-Screen” dapat mewujudkan interaksi sistem-silang masa nyata dengan telefon pintar. Gunakan papan kekunci dan tetikus untuk mengendali telefon pintar di skrin komputer riba. Pengguna boleh memindahkan dokumen dan gambar dari telefon pintar ke komputer riba dan juga sebaliknya, serta berinteraksi.
Maklumat dan harga HONOR MagicBook X 15
Jualan HONOR MagicBook X 15 akan bermula pada 19 Jun ini. Hadiah percuma menarik bakal menanti pembeli terawal siri komputer riba HONOR MagicBook X 15 di stor fizikal HONOR Experience Stores, Shopee HONOR Official Store dan penjual sah HONOR di seluruh negara. Hadiah percuma berdasarkan siapa cepat dia dapat.
