11street Kini Dikenali Sebagai PrestoMall!

Mula diperkenal sekitar tahun 2008, 11street merupakan salah satu pasaran e-dagang terkemuka yang menawarkan pilihan produk berasaskan kecantikan, sukan dan banyak lagi.  Untuk makluman, 11street telah dijenamakan semula dan kini ia dikenali sebagai PrestoMall. Jika diteliti, tidak banyak perubahan yang berlaku pada paparan utama.

PrestoMall dikatakan hadir dengan penawaran menarik yang baru termasuk penjualan harga rendah yang dijamin, kupon pembelian dan banyak lagi. Pengguna sedia ada boleh log masuk menggunakan akaun 11street – sejarah pembelian tidak akan terpadam.

You might also like