Honor Mencatatkan Rekod Jualan 40 Juta Unit Untuk Siri X

honor Global baru-baru ini dilihat telah menzahirkan kegembiraan mereka melalui laman sosial Twitter yang memperlihatkan catatan rekod baru bagi jenama itu. Melalui tweet ringkas itu, honor telah berkongsi bahawa sebanyak 40 juta unit siri X keluarannya telah berjaya dijual setakat ini.

Kejayaan ini sebenarnya turut disumbangkan melalui pelancaran model terbarunya iaitu honor 7X yang sememangnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Malah syarikat yang sering mempromosikan slogan “For The Brave’ itu dengan bangganya turut berkongsi data jualan model tersebut, yang mana memperlihatkan sebanyak 30,000 unit telah berjaya dijual dalam tempoh dua jam pada 11 November yang lalu di China. Manakala di India pula sebanyak 20,000 unit honor 7X telah berjaya dijual dalam tempoh satu jam pada tiga sesi jualan berasingan.

You might also like