[Tertiris]: HONOR Dikhabar Bakal Perkenal Komputer Riba Dikenali Sebagai HONOR MagicBook Pro

HONOR yang sinonim dengan telefon pintar kini dikhabarkan mengeluarkan komputer riba dalam satu maklumat tertiris oleh Evan Blass. Komputer riba berkenaan dikenali sebagai HONOR MagicBook Pro.

Dalam maklumat tertiris tersebut, komputer riba ini bakal dihadirkan dengan dengan 16.1 inci. Ia juga akan tampil dengan touch screen cursor control yang besar. Ia juga dihadirkan dengan kamera hadapan yang terletak di tengah-tengah bahagian atas kekunci.

Dalam pada itu, ia dikhabarkan akan dihadirkan dengan perkongsian pantas antara komputer riba dan telefon pintar. Speaker pula disertakan di bahagian tepi papan kekunci. Bagi butang kuasa pula, MagicBook Pro ini akan menggunakan pengecaman cap jari yang terletak di bahagian atas kanan papan kekunci.

Dari spesifikasi dalaman pula, ia bakal tampil dengan Intel i5-8265U quad-core CPU processor yang mana ia turut dilengkapi dengan NVIDIA MX250 serta aspek memori yang baik iaitu 8GB RAm dan 512GB SSD.

Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini di pasaran.

You might also like