HUAWEI MateBook 13 Bakal Dirasmikan Pada 2 April?

2 hari lepas HUAWEI baru sahaja melancarkan HUAWEI P30 dan P30 Pro. Kini dikhabarkan pada 2 April nanti HUAWEI akan melancarkan HUAWEI MateBook 13 beserta sekali dengan P30 dan P30 Pro bagi pasaran Malaysia.

Bagi yang belum mengetahui mengenai MateBook 13, ia dikhabarkan disertakan dengan skrin 13-inci IPS LCD dengan resolusi 2160×1440 pixel. Turut disertakan dengan cip Intel Core i7-8565U, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 512GB.

1 lagi ciri baharu iaitu HUAWEI Share 3.0 yang mana ia membenarkan pengguna HUAWEI memindah fail dengan hanya tap peranti pada laptop HUAWEI. Menariknya, pengguna boleh berkongsi 1000 gambar dalam hanya 2 minit.

Pastinya anda tidak sabar-sabar menantikan ketibaan komputer riba ini. Jadi sama-sama kita nantikan dan teruskan bersama kami untuk mendapatkan info-info terkini.

______________________________

Baca juga:

You might also like