Biarpun Harga HTC U 11 Mahal Tapi Maxis Tawarkan Hanya Serendah RM1,499

Memandangkan harga telefon pintar semakin hari semakin meningkat ekoran nilai Ringgit yang jatuh, Maxis hari ini menawarkan HTC U 11 pada kadar serendah RM70 sebulan. Melalui pelan ansuran Maxis Zerolution, anda kini boleh dapatkan peranti idaman tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak.

Untuk memiliki HTC U 11, tiada kadar faedah dikenakan malah wang pendahuluan dan kad kredit juga dikecualikan. Jika anda lebih berminat dengan cara lain, Maxis juga menawarkan HTC U 11 pada harga serendah RM1,499 dengan kontrak standard selama 24 bulan. Bagaimanapun, bagi yang ingin menukar telefon lama, anda boleh hadir ke pusat Maxis berdekatan untuk mendapatkan rebat sehingga RM1,680.

Selain itu, jika pembelian dibuat melalui atas talian, anda akan dihadiahkan sebuah kotak eksklusif barangan HTC bernilai RM300. HTC U 11 hadir dengan warna Amazing Silver lengkap dengan RAM 6GB dan ROM 128GB.

Jika anda merasakan tawaran ini baik buat anda, segera dapatkannya sekarang!

You might also like