
Lagenda Pokemon Akan Ke Pokemon GO Minggu Ini
Penantian anda untuk melihat Lagenda Pokemon ke dalam permainan mudah alih Pokemon GO berkahir minggu ini apabila pembangun, Niantic mengumumkannya baru-baru ini. Setelah sekian lama pemain menunggu, kini ia boleh ditewaskan dalam “Gym Battle” di lokasi yang berdekatan dengan anda.
https://www.youtube.com/watch?v=bvSe6pMvUjM
Pada masa sama, jika anda berjaya menewaskan “Lagendary Raid Boss”, anda berpeluang untuk melihat dan menangkap lagenda seperti Articuno, Lugia Zapdos dan banyak lagi. Selepas memiliki lagenda ini, anda boleh gunakan ia untuk melawan di “Raid Bosses” dan “Gym Battle”, tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkannya di gim tersebut kerana ia terlalu kuat dan tidak adil jika pemain lain untuk melawan anda.
Namun, untuk menangkap lagenda ini bukannya mudah, anda perlu bekerjasama dengan pemain-pemain yang lain untuk mendapatkannya dalam tempoh masa ditetapkan. Oleh itu, ciri ini akan bertemu pemain bermula 22 Julai secara berperingkat-peringkat di seluruh dunia.
Muat Turun:

