
HARGA: RM 1,299
Selain model kelas pertengahan HOT 4 Pro, Infinix turut memperkenalkan sebuah lagi model flagship terbarunya yang dikenali sebagai Zero 4 Plus. Ia menggabungkan perkakasan dan perisian yang hebat bagi memberikan pengalaman penggunaan yang terbaik buat anda. Sebagai contoh, kamera belakang smartphone ini telah dilengkapi penstabilan imej optik (OIS), aperture f/2.0 dan susunan 6 keping lensa bagi mendapatkan imej yang baik tanpa diganggu kesan gegaran dan cahaya malap.
Baca juga: Reviu Eksklusif: Infinix HOT 4 Pro, Pengalaman Audio 3D yang Sangat Imersif
PERBANDINGAN ANTARA MODEL
Memandangkan Zero 4 Plus menyokong spesifikasi yang boleh dibanggakan, kami akan membandingkannya dengan dua model lain yang boleh didapati di pasaran. Kedua-dua model itu ialah Huawei P10 Lite dan juga Meizu MX6 untuk dibandingkan dengan Zero 4 Plus.
PAKEJ PEMBELIAN
Kotak pembungkusan ① Infinix ZERO 4 Plus ② Casing jernih ③ Adapter pengecas ④ Kabel USB ⑤ Earphone ⑥ Pelindung skrin ⑦ Pin slot kad ⑧ Kad waranti ⑨ Buku manual
FIZIKAL
01# Pilihan Warna
Kebanyakan smartphone yang diperkenalkan hari ini telah menawarkan beberapa pilihan warna selain hitam, putih dan silver untuk pilihan pengguna.
Sepertimana Zero 4 Plus, ia hadir dengan empat pilihan warna yang jarang diperkenalkan oleh pengeluar di antaranya Kelabu, Ungu, Emas dan juga Biru.
02# Butang Kawalan
Sisi kanan Zero 4 Plus telah menempatkan butang kawalan fizikal iaitu butang Power yang bertindak sebagai butang Lock/Unlock serta butang kawalan Volume.
Manakala sisi kiri pula kelihatan ringkas dengan hanya menyediakan slot untuk kad SIM jenis hibrid serta kad memori tambahan.
03# Port microUSB & Speaker
Pada bahagian bawah kerangka seperti biasa kelihatan penyediaan port microUSB yang berada di bahagian tengah.
Bersebelahan kanan dan kirinya pula kelihatan lubang speaker bergrill yang mampu menghasilkan audio berkualiti terutamanya ketika berada di persekitaran yang bising.
04# Penggambaran 20.7MP + 13MP
Walaupun dalam kelas pertengahan, jangan memandang rendah terhadap spesifikasi yang ditawarkan oleh Zero 4 Plus.
Penggambaran peranti ini telah dibantu dengan sokongan lensa utama beresolusi 20.7 Megapiksel yang kelihatan agak menonjol bersama dual LED flash. Manakala kamera depan pula dibekalkan dengan kamera 13 Megepiksel yang biasanya terdapat pada peranti high-end.
05# Bateri Li-Ion 3000mAh
Sesuai dengan kehadiran paparan skrin besar, Zero 4 Plus sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia menyokong bateri yang besar, berkapasiti 4000mAh.
Malah kehadiran pengecasan pantas juga menjimatkan masa anda. Namun, bateri smartphone ini tidak boleh ditukar ganti memandangkan ianya menyokong kerangka unibodi.
CIRI-CIRI MENARIK
Penggambaran Utama & Depan

Tidak seperti smartphone kelas pertengahan yang ada di pasaran hari ini, di mana Zero 4 Plus hadir dengan penggambaran utama beresolusi 20.7 Megapiksel bersama sokongan Optical Image Stabilization (OIS). Selain menawarkan aperture f/2.0 bagi memastikan hasil gambar yang lebih terang, ianya juga dilengkapi dengan Laser AF serta mod 4X Shaper Zoom.

Bagi yang gemar berselfie pula, kamera hadapan telah dibekalkan lensa 13 Megapiksel dengan mod Face beauty dan WideSelfie.
Kaedah Pengesahan Biometrik
Tidak dinafikan, kebanyakan smartphone hari ini telah dilengkapi dengan teknologi pengesan cap jari bagi membantu anda menjaga privasi di dalam smartphone dan begitu juga dengan Zero 4 Plus.
Apa yang menarik, peranti ini telah dilengkapi dengan sokongan kaedah pengimbas cap jari yang boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa. Malah anda juga boleh mengakses jari dalam pelbagai posisi kerana ianya menyokong 360 darjah.
Multi Account
Bagi mereka yang mempunyai dua akaun sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat dan juga WhatApps, anda kini boleh menggunakan kedua-dua akaun ini. Fungsi yang dipanggil Multi Account, membolehkan pengguna menjalankan dua aplikasi serentak pada satu peranti dengan menggunakan akaun berbeza.
Bagi membezakan aplikasi yang telah diklon, anda boleh meletakkan kata laluan berlainan mahupun pengimbas cap jari kiri untuk akaun pertama dan kedua.
Smart Vocal Activation
Selain Google Assistant, Zero 4 Plus turut hadir dengan fungsi yang seakan sama diberi nama Smart Vocal Activation. Anda boleh bertanyakan maklumat yang diinginkan dengan hanya menggunakan arahan suara sahaja.
Selain itu, Smart Vocal Activation sangat berguna apabila anda sedang memandu dan skrin smartphone dalam mod standby, hanya menyebut ‘Hello Infinix’ dan ia akan memberi respon yang pantas.
Pengecasan Pantas XCharge
Sokongan teknologi pengecasan pantas yang dikenali sebagai XCharge pada Zero 4 Plus menjanjikan masa mengecas yang sangat pantas kerana berdasarkan kenyataan yang dibuat, dalam masa 10 minit masa mengecas anda boleh membuat panggilan selama 275 minit, menonton video selama 75 minit, mendengar muzik kegemaran selama 320 minit mahupun bermain permainan di dalam smartphone selama 55 minit. Jadi, anda tidak lagi perlu menunggu terlalu lama untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 4000mAh.
• Infinix Zero 4 Plus mula dicas apabila bateri tinggal 10%
• Untuk 30 minit pertama, bateri smartphone meningkat sebanyak 38%
• Selepas 45 minit mengecas, bateri smartphone meningkat kepada 56%
• Untuk mengecas penuh Infinix Zero 4 Plus, ia hanya mengambil masa selama 1 jam 45 minit.
HASIL GAMBAR



KESIMPULAN
PRO
- Menampilkan rekaan premium dengan kerangka unibodi serta ketebalan hanya 7.85mm, walaupun ditawarkan dalam kategori kelas pertengahan.
- Menawarkan kapasiti memori dalaman berkapasiti besar iaitu 64GB, begitu juga dengan RAM yang tersedia dalam kapasiti 4GB.
- Pengimbas cap jari yang sangat responsif ini turut boleh digunakan dalam pelbagai posisi kerana ianya 360 darjah serta menyokong sehingga lima jari dalam satu-satu masa.
- Sokongan teknologi pengecasan pantas yang dikenali sebagai XCharge menjanjikan masa mengecas yang sangat pantas.
- Kehadiran fungsi yang seakan dengan Google Assistant, sama diberi nama Smart Vocal Activation membolehkan pengguna mencari maklumat yang diinginkan dengan menggunakan arahan suara sahaja.
- Penggambaran utama 20.7 Megapiksel menghasilkan gambar sangat menonjol terutamanya pada gambar waktu malam.
KONTRA
- Sokongan port USB Type-C yang menjadi trend pengeluar nampaknya tidak disediakan pada Infinix Zero 4 Plus yang masih lagi hadir dengan port microUSB.
- Walaupun menyokong dua slot kad SIM jenis micro, hanya satu kad SIM sahaja yang boleh digunakan jika anda ingin menggunakan memori tambahan kerana ia berkongsi slot kad yang sama.
- Kamera hadapan beresolusi 13 Megapiksel menghasilkan gambar yang biasa-biasa sahaja.





