Celcom Tawarkan Pulangan Tunai Bagi Tambah Nilai Melalui e-Dompet – Bersama Menangani Impak Ekonomi Daripada COVID-19

Sejajar dengan pengumuman terkini Pakej Rangsangan Ekonomi yang disasarkan untuk menangani impak ekonomi daripada wabak COVID-19, Celcom telah memperkenalkan tawaran inovatif terkini yang membolehkan pengguna pascabayar dan prabayar untuk menikmati pulangan tunai dan penjimatan.

Bermula 28 Februari ~ 30 Jun 2020, pelanggan prabayar Celcom Xpax akan menikmati pulangan tunai 10% apabila mereka membeli tambah nilai Celcom Xpax dan tambah nilai Internet RM10 dan ke atas melalui aplikasi Celcom Life.

Selain itu, pelan pascabayar Celcom MEGA™ juga menawarkan pulangan tunai e-dompet di Boost e-wallet, dengan kadar 10GB bersamaan pulangan tunai RM5 bagi data yang tidak digunakan pada setiap penghujung kitaran bil.

Cara menikmati pulangan tunai:  
  1. Muat turun dan log masuk ke apilkasi Celcom Life (Android l iOS)
  2. Pautkan e-dompet Boost melalui apilkasi Celcom Life
  3. Pilih “Reload” dan pilih “Credit Reload” atau “Internet Reload”.
  4. Pilih amaun tambah nilai
  5. Tambah Nilai (RM10, RM30, RM50 atau RM100); atau
  6. Tambah Nilai Internet (RM10, RM12, RM19, RM30, RM38, RM50, RM79)
  7. Nikmati pulangan tunai Boost 10% sehingga RM20 bagi setiap nombor MyKad/Pasport setiap bulan

Tawaran menarik yang lain bagi pengguna pascabayar termasuk:
  • Rebat satu kali sebanyak RM50 bagi setiap akaun dalam kitaran bil yang berikutnya (Bil Automatik).
  • Bil bulanan digital boleh menikmati penjimatan sehingga RM10 setiap bulan yang dikenakan ke atas dokumen bil yang dicetak.

 

You might also like