Pokemon Pun Sambut Valentine’s Day : )

1294
- Iklan -

Jangan risau kalau korang tak ada partner pada Valentine’s Day nanti, Pokemon Go boleh teman korang sepanjang hari tersebut.

Niantic mengumumkan acara istimewa ini telah pun bermula dan akan berakhir pada 15 Februari nanti. Sepanjang tempoh acara khas ini, Niantic menjanjikan jumlah candy yang lebih besar dan pemanjangan tempoh Lure aktif. Selain itu Pokemon berwarna merah jambu juga akan lebih kerap muncul sepanjang Valentine’s Day ini, jadi tak perlulah korang rasa sunyi nanti.