

Walaupun Gboard telah dibangunkan oleh Google, pengguna peranti iOS jelas memiliki kelebihan berbanding peranti Android itu sendiri. Melalui kemas kini yang telah diterima oleh Gboard, pengguna peranti iOS mampu menghasilkan GIF jauh lebih mudah dengan kehadiran ikon kamera dengan simbol infiniti.
Pengguna peranti iOS hanya perlu klik pada ikon tersebut dan dengan menggunakan bantuan kamera depan atau belakang, mereka boleh membuat rakaman dalam dua mod berbeza iaitu Loop ataupun Boomerang. Walaupun fungsi ini telah tersedia sejak September 2017 yang lalu, kebanyakan daripada pengguna tidak menyedari kewujudannya kerana ia tersembunyi di sebalik butang emoji.
Jadi dengan meletakkan ikon untuk menghasilkan GIF pada bahagian atas papan kekunci, pengguna mampu mengaksesnya dengan lebih mudah dan pantas.
Muat turun: Gboard untuk iOS


