
Pemproses Samsung Exynos 9820 Kini Rasmi – 8nm, Cip Dedikasi NPU & Rakaman Video 8K
Samsung dengan rasminya melancarkan pemproses terbaharunya yang akan digunakan oleh Samsung Galaxy S10 pada awal tahun 2019 iaitu Exynos 9820.
Berbeza dengan Exynos 9810 yang digunakan pada siri Galaxy S9 dan juga Galaxy Note 9, pemproses Exynos 9820 menggunakan proses fabrikasi 8nm LPP (FinFET). Menurut Samsung, pemproses terbaharu ini mampu mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 10% jika dibandingkan dengan proses 10nm pada Exynos 9810.
Lebih istimewa, sokongan cip dedikasi NPU (Neural Processing Unit) yang akan digunakan untuk memproses tugasan berkaitan AI (Kepintaran Buatan) adalah tujuh kali lebih pantas berbanding sebelum ini. Cipset Exynos 9820 ini juga diintegrasikan dengan CPU generasi keempat yang memiliki dua teras Custom, dua teras Cortex-A75 dan empat teras Cortex-A55. Ini secara tidak langsung menjanjikan prestasi multi-core meningkat sehingga 15%, prestasi single-core sehingga 20% dan penjimatan tenaga sehingga 40%.
Selain itu, Exynos 9820 juga menyokong modem LTE-Advanced Pro dengan LTE Cat.20 yang menjanjikan kelajuan muat turun sehingga 2.0Gbps, GPU Mali-G76 MP12 dengan peningkatan prestasi sehingga 40%, keupayaan rakaman video 8K serta 4K UHD pada 150fps, dan juga sokongan dwi-kamera sehingga 16MP.

Baca juga:
- Samsung Galaxy Note 9 & Galaxy S9/S9+ Terawal Menerima Kemas Kini Android Pie – Januari 2019
- Samsung Infinity Flex Display : Teknologi Baru Yang Pasti Ubah Pasaran Telefon Pintar
- Samsung Perkenal Rekaan Antaramuka Baharu – One UI
- Samsung Galaxy S9/S9+ Perkenalkan Warna Cerun Baharu – Ice Blue
- Samsung Perkenal Galaxy Note9 Dengan Warna Lavender Purple

