- Iklan -

Celcom Rangkul 2 Anugerah Dalam ‘The Customer Experience Management Asia Summit’

- Iklan -

Usaha berterusan Celcom Axiata Berhad dalam memberikan pengalaman yang hebat kepada pelanggan telah mendapat pengiktirafan, apabila syarikat telekomunikasi itu merangkul beberapa anugerah dalam 6th Customer Experience Management Asia Summit yang diadakan pada 25 – 28 September 2018 di Marina Bay Sands, Singapura.

‘The Customer Experience Management Asia Summit’ merupakan acara Pengurusan Pengalaman Pelanggan serantau yang penting, khusus bagi berkongsi strategi terbaik dan paling inovatif dalam pengalaman pelanggan juga merupakan sebuah platform bagi organisasi yang secara aktif meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam perniagaan mereka.

Celcom telah meraih dua anugerah Customer Experience Asia Excellence Awards untuk pencapaian dan strategi pengalaman pelanggan, iaitu Anugerah Strategi Media Sosial Terbaik (Emas) serta Anugerah Pusat Perhubungan Terbaik (Gangsa). Selain itu, Celcom menerima penghormataan serta diiktiraf di kalangan para pemain terkemuka dalam kategori Anugerah Penggunaan Mudah Alih Terbaik, kerana berinteraksi secara innovatif bersama pelanggan dengan menggunakan platform sedemikian.

Pengiktirafan tersebut adalah kesan daripada inisiatif Celcom yang bertujuan untuk terus memperbaiki perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan, dengan memberi akses kepada inovasi terkini dalam melayani pelanggan. Di antara inovasi ini adalah Hub Pengalaman Media Sosial yang pertama di Asia Tenggara dan perkhidmatan Agen Maya Pintar yang canggih di Asia Tenggara. Celcom juga merupakan pengendali telekomunikasi pertama menerima pensijilan terkini kualiti ISO antarabangsa di peringkat global untuk pusat hubungan.

- Iklan -

You might also like