Kempen Tukar Beli Telefon Pintar & Dapatkan vivo Y85 Atau V9 Dengan Rebat RM100

1376
- Iklan -
vivo V9

Nak beli telefon pintar baru? Bermula 13 Oktober sehingga 4 November 2018, anda boleh menikmati penjimatan hebat dengan rebat bernilai RM100 apabila tukar beli telefon pintar lama dengan dua peranti keluaran vivo.

Dua model yang ditawarkan adalah vivo Y85 atau vivo V9, dan anda hanya perlu mengunjungi mana-mana stor konsep vivo atau pengedar sah di seluruh negara.

vivo V9 menawarkan lensa hadapan beresolusi 24 Megapiksel dengan teknologi terkini, AI Face Beauty. Dengan teknologi baru ini, V9 mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.

vivo Y85

Manakala vivo Y85 pula dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti kamera hadapan 16 Megapixel dengan teknologi AI yang mampu mengambil gambar swafoto yang cerah. Manakala penggambaran utama dwi kamera pula beresolusi 16MP f/2.0 + 2MP f/2.0 yang hadir dengan mod Potret.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi vivo atau Facebook vivo Malaysia.