MediaTek Helio P90 Bakal Diperkenal Tidak Lama Lagi, Janjikan Sesuatu Yang “Luar Biasa”

Sebelum ini kecoh apabila terdapat desas-desus mengatakan bahawa MediaTek dilaporkan bersedia untuk membawakan ‘pewaris’ baharu iaitu MediaTek Helio P80.

Bagaimanapun, MediaTek masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut. Sebaliknya, muncul dengan kejutan baru dengan mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan cipset berkuasa baru mereka dikenali sebagai MediaTek Helio P90.

Perkara itu dikongsi oleh MediaTek sendiri menerusi laman Twitter hari ini dan dilihat Helio P90 menjanjikan sesuatu yang luar biasa untuk semua berdasarkan tagline pada gambar disertakan.

Pun begitu, MediaTek masih belum memaklumkan mengenai tarikh pelancaran rasmi cipset tersebut. Jadi, sama-sama kita tunggu!~

[SUMBER]

_____________________________________________________________

Artikel berkaitan:

You might also like