
Pelancaran Model Terbaru Xiaomi Mi Max 3 Pada Julai 2018?!
CEO Xiaomi iaitu Lei Jun sebelum ini ada memuat naik status di laman sosial popular Weibo yang bertanyakan kepada pengguna peranti apa yang mereka ingin nantikan pada majlis pelancaran tersebut.
Disebabkan ramai di antara pengguna menjawab Mi Max 3 sebagai model yang paling dinantikan, Lei Jun dilihat telah membalas komen itu dengan mendedahkan bahawa model tersebut akan hanya dilancarkan pada bulan Julai tahun ini.
Xiaomi Mi Max 3 dikhabarkan akan menyokong paparan skrin 6.99 inci FHD+ dengan kapasiti bateri mencecah sehingga 5,500 mAh. Ia juga dikatakan akan turut menyokong teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0 dan juga teknologi pengecasan tanpa wayar. Malah ada khabar angin yang mengatakan bahawa Mi Max 3 akan turut dilengkapi dengan fungsi pengimbas iris.
Dari segi pemproses dan memori pula, kemungkinan besar Mi Max 3 akan hadir dalam dua varian berbeza iaitu model Qualcomm Snapdragon 636 yang memiliki storan 64GB dan RAM 3GB. Manakala varian tertinggi pula dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 660 dengan sokongan storan 128GB dan juga RAM 4GB.


