Netflix Memperkenalkan “Thumb’s Rating” Dan Kemaskini Di Windows 10

1381

Kakitangan Netflix agak sibuk sebelum ini kerana bertungkus-lumus untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat para penggunanya. Demikian, ciri terbaru yang anda boleh lihat ialah “Thumb’s up” iaitu anda boleh berikan tanda bagus jika anda menyukai sesebuah tajuk rancangan atau filem di dalam Netflix. Ini membolehkan Netflix memberikan cadangan yang sesuai dan terbaik untuk anda tonton.

Cara undian menggunakan Thumb’s Up ini menggantikan cara undian bintang seperti sebelum ini. Selain itu, kepada setiap pengguna Netflix ciri seperti “Percent Match” iaitu peratus markah pada setiap tajuk rancangan. Peratus ini adalah berdasarkan kepada corak tontonan unik ahli individu dan tabiat, serta ahli tertentu.

Tambahan lagi, beberapa bulan yang lalu Netflix melancarkan ciri terbaru “Download & Go” untuk peranti Android dan iOS. Akhirnya, pengguna Windows 10 juga mendapat ciri-ciri tersebut termasuk offline video.