OPPO R15 Pro Tersedia Untuk Pra-Tempahan Bermula 25 Mei 2018

Ya! 24 Mei 2018 adalah tarikh rasmi pelancaran OPPO R15 Pro, berikutan dengan itu OPPO Malaysia telah mengumumkan sesi pra-tempahan akan bermula pada 25 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018.

Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh membuat pra-tempahan di mana-mana kedai konsep OPPO yang terdekat, kedai telekomunikasi Celcom, kedai OPPO dalam talian atau rakan e-dagang seperti Lazada, Shopee dan 11street.

Kedai flagship KLCC

OPPO R15 Pro yang ditempah boleh didapatkan pada hari jualan rasmi pertama iaitu 1 Jun 2018 bersama hadiah percuma terhad dari OPPO, lain pula bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan di kedai flagship KLCC kerana mereka boleh membeli pada tarikh yang lebih awal iaitu 29 Mei 2018, dengan 100 pelanggan pertama sahaja akan menerima hadiah terhad.

Sempena jualan eksklusif OPPO R15 Pro di kedai flagship KLCC, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti:

  1. Gambar selfie pelanggan pada OPPO R15 Pro akan dicetak dan dirangka sebagai tanda penghargaan.
  2. Berpeluang memenangi sebuah WeLoop Neo, perakam kereta, powerbank atau kabel USB untuk pelanggan yang membeli R15 Pro pada hari jualan pertama.
  3. Untuk ahli VIP, diskaun sebanyak 20% akan diberikan bagi pembelian aksesori.

 

Jadi bagi yang menanti-nantikan kehadiran siri R pada OPPO, kini adalah peluang mendapatkan satu. Apatah lagi duta peranti ini ialah Dilireba Dilmurat, selebriti terkenal yang disukai ramai di seluruh dunia.

 

 

 

You might also like