- Iklan -

LG V40 ThinQ Kini Rasmi Dengan 5 Kamera, Paparan OLED 6.4″ QHD+ & Tahan Lasak

- Iklan -

LG V40 ThinQ dengan lima kamera telah dilancarkan secara rasmi sekaligus menjadikan ia telefon pintar pertama di dunia dengan sokongan tiga kamera utama yang meliputi lensa utama, sudut luas, dan telefoto.

Kamera belakang telah dimuatkan dengan sensor 12MP f/1.5 bersaiz 1.4um – lebih besar berbanding model terdahulu LG G7 dan V35. Sensor ini juga turut dibantu dengan fungsi penstabilan imej optikal yang telah dinaik taraf malah ini adalah yang pertama keluaran LG yang menyokong fungsi Dual Pixel autofocus. Pada sensor telefoto, LG meletakkan kamera 12MP f/2.4 yang menyokong zum sehingga 3-kali. Pada sensor ketiga pula, ia masih menggunakan kamera 16MP yang sama daripada LG G7 iaitu seluas 107-darjah.

Ketiga-tiga kamera ini menyokong penstabilan imej digital dan HDR untuk rakaman video. Selain itu, ia menawarkan sokongan Triple Shot untuk merakam tiga gambar sekaligus disamping sokongan video 4K pada 60fps dan gerak-perlahan 1080p pada 240fps. Sementara pada kamera depan, LG V40 ThinQ hadir dengan dwi-kamera depan 8MP f/1.9 dan 5MP f/2.2 yang menyokong penggambaran bokeh dan efek pencahayaan studio.

Paparan pada peranti ini menyediakan skrin bertakuk OLED bersaiz 6.4-inci FullVision beresolusi QHD+. Kerangka badan pula diiktiraf MIL-STD-810G dan IP68 yang boleh menyelam ke dalam air tanpa masalah.

Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu New Aurora Black, New Platinum Gray, New Moroccan Blue & Carmine Red

LG V40 ThinQ dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845, 6GB RAM dengan dua pilihan memori dalaman iaitu 64GB dan 128GB. Bagi melengkapkan spesifikasi, ia dibekalkan bateri sebesar 3,300mAh dan sambungan USB Type-C yang menyokong Quick Charge 3.0.

LG V40 ThinQ dikemaskan dengan empat pilihan warna iaitu New Aurora Black, New Platinum Gray, New Moroccan Blue dan Carmine Red. Buat masa sekarang, tiada maklumat untuk pasaran Malaysia setakat ini.

 

Spesifikasi:

  • Android 8.1 Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 6.4-inci QHD+ OLED FullVision Display (3120 x 1440 / 538ppi)
  • 64GB @ 128GB + 6GB LPDDR4x RAM / microSD (sehingga 2TB)
  • 158.7 x 75.8 x 7.7mm
  • 169g
  • 3300mAh + Quick Charge 3.0
  • kamera utama : 16MP Super Wide (F1.9 / 1.0μm / 107°) + 12MP Standard (F1.5 / 1.4μm / 78°) + 12MP Telephoto (F2.4 / 1.0μm / 45°)
  • Kamera depan : 8MP Standard (F1.9 / 1.12μm / 80°) + 5MP Wide (F2.2 / 1.12μm / 90°)
  • MIL-STD 810G & IP68

- Iklan -

You might also like