- Iklan -

LG Watch W7 – Jam tangan Pintar Tahan Lasak Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 100 Hari?!

Seiring dengan pelancaran rasmi LG V40 ThinQ, LG turut memperkenalkan sebuah jam tangan pintar terbaru mereka yang dikenali sebagai LG Watch W7.

Berbeza dengan pelbagai jam tangan sebelum ini, LG Watch W7 menawarkan kombinasi gerakan mekanikal dan sokongan digital melaluinya, sekaligus menawarkan masa penggunaan yang lama.

Menariknya, LG Watch W7 boleh digunakan selama sehingga 2 hari dengan penggunaan pintar dan digital diaktifkan. Manakala, sekiranya pengguna hanya mengaktifkan sokongan mekanikal yang tidak menawarkan ciri-ciri pintar, ia boleh menggunakan jam ini sehingga 100 hari tanpa pengecasan.

Tetapi kami pasti dengan penawaran sokongan notifikasi digital dan sebagainya, semestinya ramai yang akan mengaktifkan dan menggunakannya sebagai jam tangan pintar.

Dari segi spesifikasi, jam tangan pintar ini menawarkan rekaan jam bulat dengan paparan skrin bersaiz 1.2-inci LCD (360 x 360), dikuasakan Snapdragon Wear 2100, memori dalaman 4GB dengan 768MB LPDDR3 RAM serta bateri berkapasiti 240mAh. Namun begitu, harga jualan yang ditawarkan masih belum diumumkan oleh pihak LG.

Spesifikasi 

  • Qualcomm Snapdragon Wear 2100
  • Skrin bersaiz 1.2-inch LCD (360 x 360 / 300ppi)
  • 44.5 x 45.4 x 12.9mm
  • 79.5g
  • 4GB + 768MB LPDDR3 RAM
  • 240mAh
  • IP68
  • Sensors : 9-Axis / Pressure
  • WiFi 802.11 b,g,n/ Bluetooth 4.2 BLE / USB Type-C 2.0
  • Warna : Cloud Silver

 

You might also like