HP Memperkenalkan One Life

1034
- Iklan -
Anneliese Olson (Pengurus dan Naib Presiden Personal Systems Business, HP Asia Pacific dan Jepun) melancarkan barisan peranti One Life.
Anneliese Olson (Pengurus dan Naib Presiden Personal Systems Business, HP Asia Pacific dan Jepun) melancarkan barisan peranti One Life.

HP mempunyai visi yang besar di mana kerja dan kehidupan biasa saling terjalin sempurna dengan kehadiran peranti teknologi. Oleh itu mereka memperkenalkan One Life, barisan produk yang bergaya dan berprestasi tinggi khas buat pengguna generasi yang baru yang mahukan keseimbangan profesional dan gaya hidup yang elegan.

Untuk itu HP telah melancarkan beberapa produk komputer riba seperti HP Spectre, HP EliteBook Folio dan HP Elite X3. Komputer riba ini mempunyai reka bentuk yang elegan dan dibina dengan bahan berkualiti tinggi. Sebagai contoh rangka bawah HP Spectre dibina menggunakan karbon fiber bagi memastikan komputer ini ringan dan tahan lasak.

Selain itu HP EliteBook 800 G3, The Elite X2 1012 dan HP ENVY juga turut dilancarkan semasa majlis tersebut.

pic 1_meitu_6