
Kemunculan Rasmi Peranti Huawei P9 & Talkband B3
Sejarah telah tercipta ibu kota London apabila Huawei melancarkan secara rasmi smartphone yang sangat ditunggu-tunggu, terutamanya daripada kalangan peminat fotografi. Kerjasama antara Huawei dan Leica telah melahirkan P9, smartphone pertama di dunia yang menggunakan teknologi dwi lensa dari syarikat kamera yang mempunyai reputasi yang sangat besar.
Acara perasmian tersebut diserikan dengan kehadiran bintang Hollywood terkenal iaitu Henry Cavill yang juga merupakan duta model Huawei P9, beliau juga ditemani dua jurugambar tersohor dari National Geographic, iaitu Mary McCartney dan David Guttenfelder. Menurut Richard Yu (CEO, Huawei Consumer Business Group), dunia fotografi sudah berkembang dan maju dengan pesat terutamanya dalam kelas pengguna am di mana berbilion gambar diambil setiap tahun dan Huawei ingin merevolusikan teknologi fotografi pada smartphone melalui P9.
Kunci kepada keupayaan pengimejan P9 ini adalah terletak pada reka bentuk dwi-kamera yang menggunakan sepenuhnya kuasa kanta optik Leica. Kanta optik Leica sememangnya mempunyai reputasi yang sangat gah di kalangan jurugambar, ia mampu merakam imej dengat tepat dan penuh dengan butiran. Sistem dwi lensa pada P9 hadir dengan satu kamera RGB yang khusus dalam menangkap imej berwarna dan monochrome yang berfungsi menghasilkan imej native hitam putih dan membantu menangkap butiran imej.
P9 hadir dalam dua versi iaitu P9 dan P9 Plus, berikut adalah spesifikasi asas kedua-dua versi:
P9
|
P9 Plus | |
| Saiz | 145 x 70.9 x 6.95mm
144g |
152.3 x 75.3 x 6.98mm
162g |
| Skrin | 5.2 inci FHD, 2.5D glass | 5.5 inci FHD, 2.5D glass |
| CPU | Huawei Kirin 955 (64-bit),
Octa-core (4 x 2.5GHz A72+ 4 x 1.8GHz A53) |
Huawei Kirin 955 (64-bit),
Octa-core (4 x 2.5GHz A72+ 4 x 1.8GHz A53) |
| OS | Android 6.0 EMUI 4.1 | Android 6.0 EMUI 4.1 |
| Memori | 32GB ROM, 3GB RAM
64GB ROM, 4GB RAM |
64GB ROM, 4GB RAM |
| Kamera | Utama: Dual 12MP (Monochrome & RGB)
Hadapan: 8MP |
Utama: Dual 12MP (Monochrome & RGB)
Hadapan: 8MP |
| Bateri | 3,000 mAh |
3,400 mAh
|
Selain model P9, Huawei turut melancarkan satu lagi smartwear terkini iaitu TalkBand B3 yang hadir dalam 3 versi iaitu Active (tali silikon), Classic (tali kulit) dan Elite (tali logam). Menurut Huawei, sistem audio pada TalkBand B3 telah dipertingkatkan dan berjaya mengurangkan gangguan audio luaran sehingga 80%. TalkBand B3 menawarkan skrin PMOLED dengan 3D curved Gorilla Glass, baterinya berkapasiti 91mAh, sokong pada peranti Android dan iOS sehingga jarak 10 meter.




