

HARGA : RM599 (3GB RAM) & RM799 (4GB RAM)
TP-Link Malaysia baru sahaja melancarkan barisan peranti Neffos yang di bawah harga RM800, dan salah satunya adalah Neffos X9. Peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin 5.99 inci HD+, sokongan mod Night Display amat sesuai bagi mereka yang suka menggunakan peranti sebelum tidur.
Penggambaran dwi-kamera pula menawarkan ciri-ciri menarik seperti Potret, Monochrome dan juga Food. Sementara kamera swafoto 8MP menyokong mod AI Beauty serta 86 darjah Wide Angle untuk penggambaran secara berkumpulan. Bagi menjaga privasi, Neffos X9 hadir dengan pengecaman wajah AI pada harga mampu milik.
PAKEJ PEMBELIAN LENGKAP

CIRI-CIRI PINTAR TELEFON PINTAR INI?
Android 8.1 Oreo + NFUI 8.0

Salah satu kelebihan Neffos X9 adalah ia menawarkan paparan antaramuka baru yang dikenali sebagai NFUI 8.0. Menariknya paparan antaramuka terbaru ini, ia kelihatan lebih cantik dah segar berbanding NFUI 7.0. Selain mampu beroperasi dengan pantas, peranti ini juga senang untuk digunakan dan mesra pengguna.

Penggambaran

Hadir dalam kategori pertengahan, telefon pintar ini menawarkan dwi-kamera utama 13MP + 5MP aperture f/2.0 dengan sokongan dual LED flash dan PDAF. Lensa dwi-kamera ini telah menawarkan beberapa mod menarik yang boleh dipilih seperti Potret, Monochrome, Food dan beberapa lagi. Sementara kamera swafoto beresolusi 8MP turut dilengkapi mod Potret, AI Beauty sehingga 10 level serta 86 darjah Wide Angle untuk penggambaran secara berkumpulan.

Pengecaman Wajah AI

Kebanyakan telefon pintar kelas pertengahan hanya menyokong pengimbas cap jari. Tetapi berlainan Neffos X9 yang menawarkan teknologi baru dipanggil pengecaman wajah dengan teknologi kecerdasan buatan. Fungsi ini mampu membaca 106 titik poin pada wajah bagi memudahkan telefon pintar dibuka. Selain itu, NEffos X9 masih dilengkapi sensor pengimbas cap jari.

Eye Protection

Neffos X9 ini sesuai untuk mereka yang sering menggunakan telefon pintar ini pada waktu malam terutamanya untuk aktiviti membaca, melayari Internet atau mengakses laman sosial untuk tempoh masa yang lama. Sokongan fungsi Eye Protection dapat melindungi mata anda dari cahaya bagi memastikan ia tidak mudah menjadi penat.

Pengecasan Pantas

Walaupun hanya dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3060mAh, ia hadir dengan teknologi pengecasan pantas 5V2A. Nak tahu berapa masa yang diambil, lihat ujian pengecasan pantas yang kami buat ini.
- Mula mengecas – 15%
- Selesai – 100%
HASIL GAMBAR
KAMERA DEPAN


KAMERA UTAMA
HDR



POTRET


MONOCHROME


BOKEH

SENJA

NIGHT MODE


ULASAN
Jika dilihat pada spesifikasi peranti ini, ia masih memuaskan dengan harga tawaran. Keistimewaan terletak pada sokongan dwi-kamera dengan ciri-ciri Potret, Monochrome, Food serta kamera depan pula sokong AI Beauty. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi teknologi pengecaman wajah AI walaupun hadir dalam kelas pertengahan.
Neffos X9 juga telah diuji dengan teliti bagi menjaga kualiti telefon pintar ini. Di antara ujian yang dijalankan adalah tekan butang kuasa sebanyak 200,000 kali, 100,000 kali pada butang volume, 250 kali hentakkan serta 120,00 kali dijatuhkan pada setinggi 10cm.


